Dari sebuah kampung terpencil, yang terletak jauh di hutan hujan Borneo, datang satu kisah benar yang memberi inspirasi tentang kebebasan dan kekitaan. Sunset Over Selungo adalah satu perjalanan 30 minit ke dalam hutan tersebut, bersama Dennis, Unyang dan Sia dari suku kaum Penan.

Mungkin sukar bagi kebanyakan kita untuk membayangkan sarapan pagi yang perlu diburu dan hidup tanpa internet, tetapi kebimbangan harian Sia adalah sama seperti orang lain - untuk keluarga dan masyarakat - dan dia berazam untuk melindungi mereka.

 
 

Sila tonton trailer di bahagian atas halaman ini.

Untuk membuat pesanan untuk DVD atau poster, atau untuk menganjurkan tayangan sila emel hello@selungo.com.

 

Sila maklumkan rakan-rakan anda tentang film ini.

 
 

Balan the Blowpipe Maker

 
 

Telitilah proses mengukir sebuah sumpitan, alat memburu unik yang digunakan oleh masyarakat Penan di sini (filem pendek dari dokumentari penuh). Sumpit ini masih digunakan dengan damak racun oleh ramai ahli suku untuk memburu, tetapi Balan adalah orang terakhir di kampungnya yang masih tahu cara untuk membuat sumpit tersebut.

 
 

Latar Belakang

 
 

Borneo ialah pulau ketiga terbesar di dunia. Ia memegang beberapa ekosistem yang tertua dan yang paling berharga di planet ini dan adalah rumah kepada pelbagai budaya asli yang menakjubkan. Ia terbahagi kepada tiga negara: Indonesia, Brunei dan Malaysia. Borneo Malaysia berpecah kepada dua buah negeri, Sabah dan Sarawak.

 
 
 

Sungai Selungo mengalir melalui rangkaian terpencil di lembah kawasan pedalaman tanah tinggi Sarawak. Hutan tebal meliputi tanah luas yang mempunyai cerun dan rabung yang curam tersebut. Orang Penan adalah penduduk asli hutan-hutan ini. Lembah Selungo adalah salah satu sebahagian daripada tanah air mereka.

Sehingga pertengahan abad kedua puluh, kumpulan suku kaum Penan menjalani cara hidup nomad, memburu babi hutan dan rusa, memancing dan mengumpul buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sagu dari hutan. Budaya nomad tradisional ini mengalami perubahan radikal apabila mubaligh-mubaligh Kristian tiba dan mengalakkan pembinaan gereja. Itulah titik permulaan bagi pembinaan penempatan kekal dan penanaman padi bagi orang Penan.

Walaupun dengan perubahan ini, budaya suku kaum tradisional masih dipraktikkan. Bilangan Orang Penan ialah dalam lingkungan 10,000 orang dan kebanyakan mereka tersebar di kampung-kampung. Selain itu, kemunculan senjata api tidak menjejaskan pilihan Orang Penan yang gemar menggunakan cara pemburuan senyap dengan sumpit dan damak racun. Tumbuhan perubatan juga dikumpul dari hutan hujan untuk merawat penyakit, dan rotan - serat daripada kelapa liar - ditenun menjadi tikar dan bakul. Kaum Penan masih bertutur dalam bahasa mereka sendiri, berbeza daripada kumpulan suku kaum lain.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar hak-hak orang puak telah diabaikan oleh kerajaan Sarawak. Kepimpinan negeri telah memberi konsesi kepada syarikat-syarikat pembalakan untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kebanyakan hutannya, tanpa rundingan serius dengan orang-orang yang telah tinggal di tempat tersebut untuk kian lama. Akibatnya, tempat hidup Orang Penan yang selalunya di hutan juga terjejas.

(Yang mengejutkan, analisis imej satelit menunjukkan pembalakan telah memusnahkan sebanyak 89 peratus daripada hutan hujan di Sarawak.

Terancam dengan kemusnahan kehidupan mereka, masyarakat Penan berkumpul pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk mempertahankan tanah dan tempat tinggal mereka. Mereka membina sekatan-sekatan untuk menghalang pembalak daripada mendekati hutan mereka dan membantah kepada kerajaan. Pada masa itu, kawasan hutan yang luas telah hilang akibat aktiviti pembalakan, tetapi antara salah satu kumpulan yang berjaya menahan pembalak ialah kaum Penan yang berasal dari kawasan Hulu Baram, termasuk lembah Selungo.

The rainforest is the life and blood of the Penan.
— Sia in Sunset Over Selungo
 

Apakah Taman Keamanan Penan?

Pada tahun 2009, 18 buah kampung Penan telah bersatu untuk mewujudkan satu cadangan untuk membentuk suatu kawasan baru yang terlindung. Tujuannya adalah untuk menjaga tanah mereka daripada pembalak dan mengekalkan budaya mereka untuk generasi akan datang. Di sini terlahirnya Penan Peace Park.

Walaupun masyarakat Penan telah lama tinggal di sini, mereka tidak mempunyai surat hak milik rasmi atas tanah mereka yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan. Risiko syarikat pembalakan cuba merasuah kampung-kampung untuk memberi hak tanah mereka kepada pihak pembalak masih wujud. Sehingga Penan Peace Park diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan , risiko penebangan hutan sedemikian masih kekal.

Kawasan hutan di sekitar Selungo merupakan salah satu tempat terakhir yang tertinggal dan belum diterokai. Kampung-kampung di Hulu Baram cuba mendapatkan sokongan orang ramai kerana mereka berada dalam posisi susah mempertahankan tanah mereka.

Penubuhan Taman Keamanan Penan secara rasmi oleh undang-undang amat penting bagi suku puak dan boleh menjadi satu contoh baik dalam  pemuliharaan dan menjaga keadilan. Tetapi kampung-kampung tidak dapat melakukannya tanpa bantuan orang ramai. Sokongan anda boleh menrealisasikan matlamat ini.

Penan Peace Park akan menjadi tempat di mana manusia dan alam semula jadi dapat hidup dalam harmoni, kualiti hidup dan kehidupan akan dilindungi bagi generasi sekarang dan yang akan datang untuk selama-lamanya. Penan Peace Park juga akan menjadi tempat di mana pembangunan ekonomi dan manusia adalah mampan dari segi sosio-budaya and ekologi.
— Cadangan Penan Peace Park, 2012