Latar Belakang

 
 

Borneo ialah pulau ketiga terbesar di dunia. Ia memegang beberapa ekosistem yang tertua dan yang paling berharga di planet ini dan adalah rumah kepada pelbagai budaya asli yang menakjubkan. Ia terbahagi kepada tiga negara: Indonesia, Brunei dan Malaysia. Borneo Malaysia berpecah kepada dua buah negeri, Sabah dan Sarawak.

 
 
 

Sungai Selungo mengalir melalui rangkaian terpencil di lembah kawasan pedalaman tanah tinggi Sarawak. Hutan tebal meliputi tanah luas yang mempunyai cerun dan rabung yang curam tersebut. Orang Penan adalah penduduk asli hutan-hutan ini. Lembah Selungo adalah salah satu sebahagian daripada tanah air mereka.

Sehingga pertengahan abad kedua puluh, kumpulan suku kaum Penan menjalani cara hidup nomad, memburu babi hutan dan rusa, memancing dan mengumpul buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sagu dari hutan. Budaya nomad tradisional ini mengalami perubahan radikal apabila mubaligh-mubaligh Kristian tiba dan mengalakkan pembinaan gereja. Itulah titik permulaan bagi pembinaan penempatan kekal dan penanaman padi bagi orang Penan.

Walaupun dengan perubahan ini, budaya suku kaum tradisional masih dipraktikkan. Bilangan Orang Penan ialah dalam lingkungan 10,000 orang dan kebanyakan mereka tersebar di kampung-kampung. Selain itu, kemunculan senjata api tidak menjejaskan pilihan Orang Penan yang gemar menggunakan cara pemburuan senyap dengan sumpit dan damak racun. Tumbuhan perubatan juga dikumpul dari hutan hujan untuk merawat penyakit, dan rotan - serat daripada kelapa liar - ditenun menjadi tikar dan bakul. Kaum Penan masih bertutur dalam bahasa mereka sendiri, berbeza daripada kumpulan suku kaum lain.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar hak-hak orang puak telah diabaikan oleh kerajaan Sarawak. Kepimpinan negeri telah memberi konsesi kepada syarikat-syarikat pembalakan untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kebanyakan hutannya, tanpa rundingan serius dengan orang-orang yang telah tinggal di tempat tersebut untuk kian lama. Akibatnya, tempat hidup Orang Penan yang selalunya di hutan juga terjejas.

(Yang mengejutkan, analisis imej satelit menunjukkan pembalakan telah memusnahkan sebanyak 89 peratus daripada hutan hujan di Sarawak.

Terancam dengan kemusnahan kehidupan mereka, masyarakat Penan berkumpul pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk mempertahankan tanah dan tempat tinggal mereka. Mereka membina sekatan-sekatan untuk menghalang pembalak daripada mendekati hutan mereka dan membantah kepada kerajaan. Pada masa itu, kawasan hutan yang luas telah hilang akibat aktiviti pembalakan, tetapi antara salah satu kumpulan yang berjaya menahan pembalak ialah kaum Penan yang berasal dari kawasan Hulu Baram, termasuk lembah Selungo.

The rainforest is the life and blood of the Penan.
— Sia in Sunset Over Selungo