Apakah Taman Keamanan Penan?

Pada tahun 2009, 18 buah kampung Penan telah bersatu untuk mewujudkan satu cadangan untuk membentuk suatu kawasan baru yang terlindung. Tujuannya adalah untuk menjaga tanah mereka daripada pembalak dan mengekalkan budaya mereka untuk generasi akan datang. Di sini terlahirnya Penan Peace Park.

Walaupun masyarakat Penan telah lama tinggal di sini, mereka tidak mempunyai surat hak milik rasmi atas tanah mereka yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan. Risiko syarikat pembalakan cuba merasuah kampung-kampung untuk memberi hak tanah mereka kepada pihak pembalak masih wujud. Sehingga Penan Peace Park diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan , risiko penebangan hutan sedemikian masih kekal.

Kawasan hutan di sekitar Selungo merupakan salah satu tempat terakhir yang tertinggal dan belum diterokai. Kampung-kampung di Hulu Baram cuba mendapatkan sokongan orang ramai kerana mereka berada dalam posisi susah mempertahankan tanah mereka.

Penubuhan Taman Keamanan Penan secara rasmi oleh undang-undang amat penting bagi suku puak dan boleh menjadi satu contoh baik dalam  pemuliharaan dan menjaga keadilan. Tetapi kampung-kampung tidak dapat melakukannya tanpa bantuan orang ramai. Sokongan anda boleh menrealisasikan matlamat ini.

Penan Peace Park akan menjadi tempat di mana manusia dan alam semula jadi dapat hidup dalam harmoni, kualiti hidup dan kehidupan akan dilindungi bagi generasi sekarang dan yang akan datang untuk selama-lamanya. Penan Peace Park juga akan menjadi tempat di mana pembangunan ekonomi dan manusia adalah mampan dari segi sosio-budaya and ekologi.
— Cadangan Penan Peace Park, 2012